Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 3, 2008

TUGASAN CUTI TERANCANG MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 2008 - SM TEKNIK DUNGUN

Soalan Cuti Terancang Matematik Tambahan Tingkatan 4 Akhir Tahun 2008

Arahan:
1. Download soalan Cuti Terancang 1 dan Cuti Terancang 2 dengan klik di sini
[Cuti Terancang K1]
[Cuti Terancang K2]
Soalan adalah dalam format pdf.
2. Cetak soalan-soalan ini.
3. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan dalam soalan Cuti Terancang K1 dan Cuti Terancang K2. Siapkan tugasan ini sepanjang cuti sekolah.
4. Hantarkan tugasan cuti terancang yang telah siap kepada guru matematik tambahan tingkatan 4 selewat-lewatnya jam 12.00 tgh hari khamis minggu pertama sesi persekolahan 2009.

Sunday, November 2, 2008

SEMUA CALON SPM 2008 SM TEKNIK DUNGUN - SELAMAT MAJU JAYA


Kami guru-guru matematik tambahan SM Teknik Dungun mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2008 kepada semua calon SPM SM Teknik Dungun terutamanya dalam subjek matematik tambahan.

Sebelum peperiksaan jangan lupa untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk kita menjawab soalan peperiksaan nanti. Lakukan solat sunat hajat sepanjang malam sebelum peperiksaan bermula. Ingat, semua ilmu itu adalah ilmu Allah, mintalah daripadaNya.

Semasa menghadapi peperiksaan pelajar mesti sentiasa tenang dan bersedia di dalam keadaan apa jua situasi sekalipun. Jawab soalan yang paling senang dahulu tidak kira soalan itu berada pada nombor berapa. Jika soalan yang pertama atau kedua susah, jangan panik, terus tukar kepada soalan lain dulu. Anda perlu yakin pada diri anda. Insyaallah anda akan berjaya.

Ingatlah apa yang telah diajar dan gunakan sebaik mungkin di dalam peperiksaan nanti. Elakkan melakukan kesilapan mudah "careless"dalam menjawab soalan "dalam tangan". Kalau perlu semak sekali lagi. Cuba dapatkan seberapa banyak markah yang mungkin daripada soalan sukar.

Selepas menghadapi peperiksaan jangan lupa kepada perintah Allah. Jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan peribadi dan maruah kita. Fikirkan juga masa depan anda semua kerana anda semakin meningkat dewasa dan anda semakin meninggalkan masa remaja anda.

Semoga Anda Lulus Dengan Cemerlang bagi matapelajaran Matematik Tambahan di dalam Peperiksaan SPM 2008. Insyaallah. Maafkan kami warga pendidik jika anda sedikit kesilapan dilakukan semasa proses mendidik anda semua.

TEAM ( Toward Excellent Additional Mathematics )

Wednesday, October 29, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM 2008

MATEMATIK TAMBAHAN

TERENGGANU
SOALAN
K1 K2
SKEMA
K1 K2

KELANTAN
SOALAN K1 K2
SKEMA K1 K2

PAHANG
SOALAN K1 K2
SKEMA K1 K2


PERAK
SOALAN K1 K2
SKEMA K1 K2

Monday, October 27, 2008

KEM EASY ADD MATH DI SM TEKNIK DUNGUN 2008





Panitia Matematik Tambahan SM Teknik Dungun telah menganjurkan Kem Easy Addmath sebanyak dua kali pada tahun 2008. Terima kasih kepada pengurusan sekolah dan semua guru yang telah menjayakan kem ini. Terima kasih juga diucapkan kepada EN. NOOR ISHAK BIN MOHD SALLEH dan kumpulan Easy Math Centre yang turut sama menjayakan kem ini. Tujuan utama kem ini diadakan adalah bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar matematik tambahan mencapai target masing-masing di dalam peperiksaan SPM 2008.

Kem ini terbuka kepada seluruh pelajar di negeri Terengganu. Alhamadulillah, sambutannya amat menggalakkan. Kem Easy Add Math Mac 2008 telah berjaya menarik minat lebih kurang 600 pelajar manakala Kem Easy Add Math Jun 2008 telah mendapat sambutan yang lebih menggalakkan lagi iaitu lebih kurang 800 0rang pelajar seluruh negeri Terengganu.
Insyaalah program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2008 diucapkan kepada semua calon SPM seluruh Terengganu terutamanya pelajar SM Teknik Dungun . Insyaalah.Jangan lupa slogan ini "Oooo Mudohnyo Add Math".