Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 2, 2008

SEMUA CALON SPM 2008 SM TEKNIK DUNGUN - SELAMAT MAJU JAYA


Kami guru-guru matematik tambahan SM Teknik Dungun mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2008 kepada semua calon SPM SM Teknik Dungun terutamanya dalam subjek matematik tambahan.

Sebelum peperiksaan jangan lupa untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk kita menjawab soalan peperiksaan nanti. Lakukan solat sunat hajat sepanjang malam sebelum peperiksaan bermula. Ingat, semua ilmu itu adalah ilmu Allah, mintalah daripadaNya.

Semasa menghadapi peperiksaan pelajar mesti sentiasa tenang dan bersedia di dalam keadaan apa jua situasi sekalipun. Jawab soalan yang paling senang dahulu tidak kira soalan itu berada pada nombor berapa. Jika soalan yang pertama atau kedua susah, jangan panik, terus tukar kepada soalan lain dulu. Anda perlu yakin pada diri anda. Insyaallah anda akan berjaya.

Ingatlah apa yang telah diajar dan gunakan sebaik mungkin di dalam peperiksaan nanti. Elakkan melakukan kesilapan mudah "careless"dalam menjawab soalan "dalam tangan". Kalau perlu semak sekali lagi. Cuba dapatkan seberapa banyak markah yang mungkin daripada soalan sukar.

Selepas menghadapi peperiksaan jangan lupa kepada perintah Allah. Jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan peribadi dan maruah kita. Fikirkan juga masa depan anda semua kerana anda semakin meningkat dewasa dan anda semakin meninggalkan masa remaja anda.

Semoga Anda Lulus Dengan Cemerlang bagi matapelajaran Matematik Tambahan di dalam Peperiksaan SPM 2008. Insyaallah. Maafkan kami warga pendidik jika anda sedikit kesilapan dilakukan semasa proses mendidik anda semua.

TEAM ( Toward Excellent Additional Mathematics )

1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Yang sedey nyer cegu, sblom SPM takder lar rs truk sangat ad math.

Tapi bila jwb soklan ad math spm ari tu, ya Allah...............