Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 3, 2008

TUGASAN CUTI TERANCANG MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 2008 - SM TEKNIK DUNGUN

Soalan Cuti Terancang Matematik Tambahan Tingkatan 4 Akhir Tahun 2008

Arahan:
1. Download soalan Cuti Terancang 1 dan Cuti Terancang 2 dengan klik di sini
[Cuti Terancang K1]
[Cuti Terancang K2]
Soalan adalah dalam format pdf.
2. Cetak soalan-soalan ini.
3. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan dalam soalan Cuti Terancang K1 dan Cuti Terancang K2. Siapkan tugasan ini sepanjang cuti sekolah.
4. Hantarkan tugasan cuti terancang yang telah siap kepada guru matematik tambahan tingkatan 4 selewat-lewatnya jam 12.00 tgh hari khamis minggu pertama sesi persekolahan 2009.

Sunday, November 2, 2008

SEMUA CALON SPM 2008 SM TEKNIK DUNGUN - SELAMAT MAJU JAYA


Kami guru-guru matematik tambahan SM Teknik Dungun mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2008 kepada semua calon SPM SM Teknik Dungun terutamanya dalam subjek matematik tambahan.

Sebelum peperiksaan jangan lupa untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk kita menjawab soalan peperiksaan nanti. Lakukan solat sunat hajat sepanjang malam sebelum peperiksaan bermula. Ingat, semua ilmu itu adalah ilmu Allah, mintalah daripadaNya.

Semasa menghadapi peperiksaan pelajar mesti sentiasa tenang dan bersedia di dalam keadaan apa jua situasi sekalipun. Jawab soalan yang paling senang dahulu tidak kira soalan itu berada pada nombor berapa. Jika soalan yang pertama atau kedua susah, jangan panik, terus tukar kepada soalan lain dulu. Anda perlu yakin pada diri anda. Insyaallah anda akan berjaya.

Ingatlah apa yang telah diajar dan gunakan sebaik mungkin di dalam peperiksaan nanti. Elakkan melakukan kesilapan mudah "careless"dalam menjawab soalan "dalam tangan". Kalau perlu semak sekali lagi. Cuba dapatkan seberapa banyak markah yang mungkin daripada soalan sukar.

Selepas menghadapi peperiksaan jangan lupa kepada perintah Allah. Jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan peribadi dan maruah kita. Fikirkan juga masa depan anda semua kerana anda semakin meningkat dewasa dan anda semakin meninggalkan masa remaja anda.

Semoga Anda Lulus Dengan Cemerlang bagi matapelajaran Matematik Tambahan di dalam Peperiksaan SPM 2008. Insyaallah. Maafkan kami warga pendidik jika anda sedikit kesilapan dilakukan semasa proses mendidik anda semua.

TEAM ( Toward Excellent Additional Mathematics )