Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, April 25, 2009

EASY ADD MATHS CAMP JUN 2009 DI SM TEKNIK DUNGUN

ASSALAMUALAIKUM,

TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN DAN SAMBUTAN EASY ADD MATHS CAMP PADA MAC 2009 ( TOPIK TINGKATAN 4) YANG LALU. KAMI MEMOHON BERBANYAK MAAF JIKA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KESUKARAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR, TERUTAMANYA BAGI PENGINAPAN PELAJAR PEREMPUAN. ANGGAPLAH ITU SEBAGAI SATU CABARAN UNTUK BERJAYA.
---
SEKALI LAGI PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN SM TEKNIK DUNGUN AKAN MENGANJURKAN EASY ADD MATHS CAMP JUN 2009 (TOPIK TINGKATAN 5) SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT:-
-----------
---------------TARIKH :-6 JUN 2009 (SABTU) HINGGA 9 JUN 2009 (SELASA)
---------------TEMPAT:-DEWAN BESAR SM TEKNIK DUNGUN
-----PENCERAMAH:-EN. NOOR ISHAK BIN MOHD SALLEH
-----------------------(turut dibantu oleh beberapa orang penceramah EASY MATH yang lain)
-----
PENYERTAAN HENDAKLAH MELALUI
---1.TEMPAHAN AWAL (UNTUK MEMASTIKAN KEKOSONGAN TEMPAT)
---2. MUAT TURUN BORANG-BORANG BERKAITAN
---<BORANG EAMCSMTD609 1><BORANG EAMCSMTD609 2>------------------------------------<BROSUR 1><BROSUR 2>
---3. E-MAIL BORANG PENYERTAAN
---4. DAFTAR DAN PEMBAYARAN TUNAI
----
HARAPAN KAMI, KEM INI AKAN MEMBANTU PELAJAR MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG BAGI SUBJEK ADDITIONAL MATHEMATICS DALAM PEPERIKSAAN SPM 2009. INSYAALLAH.

TEAM SMTD> "Ooooo Mudohnyo Add Maths"

Sunday, February 1, 2009

Easy Add Maths Camp" Mac 2009 datang lagi ke SM Teknik Dungun


Assalamualaikum.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang menyertai "Easy Add Maths Camp 2008" sebanyak 2 fasa yang telah diadakan tahun lalu. Semoga anda mendapat cemerlang dalam Matematik Tambahan ketika keputusan SPM 2008 dikeluarkan nanti. Insyaallah.

Di atas sambutan yang menggalakan daripada pelajar, Panitia Matematik Tambahan SM Teknik Dungun sekali lagi akan menganjurkan "Easy Add Maths Camp" SPM Mac 2009 seperti maklumat berikut:

___Program _..__: "Easy Add Maths Camp" SPM Mac 2009.
___Tarikh __....__: 14 Mac 2009 hingga 17 Mac 2009
___Tempat ........: Dewan Besar SM Teknik Dungun
___Penceramah .: En. Noor Ishak bin Mohd Salleh dan Easy Maths Centre Group

Penyertaan kali ini hanya dihadkan kepada 500 pelajar sahaja.



Maklumat lanjut boleh di dapati dengan muat turun Brosur 1 dan Brosur 2.
Borang-borang berkaitan juga boleh di muat turun di sini.
BORANG EAMCSMTD309 1 dan BORANG EAMCSMTD309 2

TEAM SMTD>>>>>"Ooooo Mudohnyo Add Maths"


Monday, November 3, 2008

TUGASAN CUTI TERANCANG MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 2008 - SM TEKNIK DUNGUN

Soalan Cuti Terancang Matematik Tambahan Tingkatan 4 Akhir Tahun 2008

Arahan:
1. Download soalan Cuti Terancang 1 dan Cuti Terancang 2 dengan klik di sini
[Cuti Terancang K1]
[Cuti Terancang K2]
Soalan adalah dalam format pdf.
2. Cetak soalan-soalan ini.
3. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan dalam soalan Cuti Terancang K1 dan Cuti Terancang K2. Siapkan tugasan ini sepanjang cuti sekolah.
4. Hantarkan tugasan cuti terancang yang telah siap kepada guru matematik tambahan tingkatan 4 selewat-lewatnya jam 12.00 tgh hari khamis minggu pertama sesi persekolahan 2009.

Sunday, November 2, 2008

SEMUA CALON SPM 2008 SM TEKNIK DUNGUN - SELAMAT MAJU JAYA


Kami guru-guru matematik tambahan SM Teknik Dungun mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2008 kepada semua calon SPM SM Teknik Dungun terutamanya dalam subjek matematik tambahan.

Sebelum peperiksaan jangan lupa untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk kita menjawab soalan peperiksaan nanti. Lakukan solat sunat hajat sepanjang malam sebelum peperiksaan bermula. Ingat, semua ilmu itu adalah ilmu Allah, mintalah daripadaNya.

Semasa menghadapi peperiksaan pelajar mesti sentiasa tenang dan bersedia di dalam keadaan apa jua situasi sekalipun. Jawab soalan yang paling senang dahulu tidak kira soalan itu berada pada nombor berapa. Jika soalan yang pertama atau kedua susah, jangan panik, terus tukar kepada soalan lain dulu. Anda perlu yakin pada diri anda. Insyaallah anda akan berjaya.

Ingatlah apa yang telah diajar dan gunakan sebaik mungkin di dalam peperiksaan nanti. Elakkan melakukan kesilapan mudah "careless"dalam menjawab soalan "dalam tangan". Kalau perlu semak sekali lagi. Cuba dapatkan seberapa banyak markah yang mungkin daripada soalan sukar.

Selepas menghadapi peperiksaan jangan lupa kepada perintah Allah. Jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan peribadi dan maruah kita. Fikirkan juga masa depan anda semua kerana anda semakin meningkat dewasa dan anda semakin meninggalkan masa remaja anda.

Semoga Anda Lulus Dengan Cemerlang bagi matapelajaran Matematik Tambahan di dalam Peperiksaan SPM 2008. Insyaallah. Maafkan kami warga pendidik jika anda sedikit kesilapan dilakukan semasa proses mendidik anda semua.

TEAM ( Toward Excellent Additional Mathematics )

Wednesday, October 29, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM 2008

MATEMATIK TAMBAHAN

TERENGGANU
SOALAN
K1 K2
SKEMA
K1 K2

KELANTAN
SOALAN K1 K2
SKEMA K1 K2

PAHANG
SOALAN K1 K2
SKEMA K1 K2


PERAK
SOALAN K1 K2
SKEMA K1 K2

Monday, October 27, 2008

KEM EASY ADD MATH DI SM TEKNIK DUNGUN 2008





Panitia Matematik Tambahan SM Teknik Dungun telah menganjurkan Kem Easy Addmath sebanyak dua kali pada tahun 2008. Terima kasih kepada pengurusan sekolah dan semua guru yang telah menjayakan kem ini. Terima kasih juga diucapkan kepada EN. NOOR ISHAK BIN MOHD SALLEH dan kumpulan Easy Math Centre yang turut sama menjayakan kem ini. Tujuan utama kem ini diadakan adalah bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar matematik tambahan mencapai target masing-masing di dalam peperiksaan SPM 2008.

Kem ini terbuka kepada seluruh pelajar di negeri Terengganu. Alhamadulillah, sambutannya amat menggalakkan. Kem Easy Add Math Mac 2008 telah berjaya menarik minat lebih kurang 600 pelajar manakala Kem Easy Add Math Jun 2008 telah mendapat sambutan yang lebih menggalakkan lagi iaitu lebih kurang 800 0rang pelajar seluruh negeri Terengganu.
Insyaalah program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2008 diucapkan kepada semua calon SPM seluruh Terengganu terutamanya pelajar SM Teknik Dungun . Insyaalah.Jangan lupa slogan ini "Oooo Mudohnyo Add Math".